DUB 1012 PENGAJIAN MALAYSIA
Jabatan Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
Politeknik Kuching Sarawak
Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
DEE1S1
Pensyarah Encik Wan Faisal Wan Ahmad Mohtasa
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, setinggi tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Walaupun terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia tidaklah menjadi suatu masalah yang besar dalam menyiapkan tugasan ini. Namun begitu kami tetap berusaha mencari maklumat dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan-rakan sekumpulan dalam menyiapkannya.
Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Wan Faisal Wan Ahmad Mohtasa kerana telah banyak membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar tentang perlaksanaannya. Kami amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
AHLI KUMPULAN
( 05DEE17F2024 )
PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
PENGENALAN
- DEFINISI PEMBANGUNAN & DASAR
- Usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.
- Kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk memastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas.
- Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak
- TUJUAN DASAR
- Matlamat keselamatan negara. Perpaduan dan kestabilan negara. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
DASAR-DASAR EKONOMI
- Wawasan 2020
- RRJP (RM 6)/ DPN
- Dasar Perindustrian Negara
- Dasar Persyarikatan Malaysia
- Dasar Penswastaan
- Dasar pertanian Negara
- Dasar Sains dan Teknologi
DASAR-DASAR SOSIAL/ETIKA KERJA
- Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Dasar/Program Pembaharuan Dan Peningkatan
- Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran
- Dasar Wanita Negara
- Dasar Sosial Negara
DASAR-DASAR LUAR NEGERI
• Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
• Antartika
- DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI
-
• Dasar ini diumumkan pada bulan april 1986• Matlamatnya ialah ; Membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan dapat bersaing dengan negara-negara lain.Strategi pelaksanaani. Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sainsii. Menggalakkan pemindahan teknologi antara sektor dengan lebih agresifiii. Menggalakkan peranan sektor awam dan swasta dalam penggunaan sains dan teknologi yang terkiniiv. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk merintis jalan ke arah penemuan dan penyelidikan terkini dalam sains dan teknologi
- v. Menubuhkan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi
- DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAANObjektifi. Untuk membentuk , mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unikii. Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaanPrinsip utamai. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utamaii. Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukkan kebudayaan kebangsaaniii. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkanStrategii. Meninggikan taraf dan mutu kesenianii. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara yang terdiri daripada masyarakat majmukiii. Mengamalkan toleransi agama dan budayaiv. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

- DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA
- Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, pada tahun 1983 sebagai pendekatan asas bagi pembangunan negara.
- Objektif
- Persyarikatan Malaysia bertujuan mewujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.
- Strategi Perlaksanaan
- i. Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan
- ii. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara.
- iii. Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada.
- iv. Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama.

- DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
- Objektif
- i. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara dan ekonomi keseluruhannya
- ii. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara
- iii. Meninggikan tahap penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian
- Strategi Perlaksanaan
- i. Dasar perindustrian yang berpandangkan keluar bagi mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi
- ii. Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport & mempelbagaikan industri.
- iii. Memajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport.
- iv. Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu
- v. Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat
- DASAR PENSWASTAAN
-
Objektifi. Mengurangkan beban kewangan kerajaan.ii. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja.iii. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.iv. Pengagihan sumber secara cekap.v. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.
- DASAR PERTANIAN NEGARA
- • Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 12 Januari 1984.
- • Usaha Kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian (tanaman, ternakan, perikanan & perhutanan).
- • Dapat menyediakan peluang pekerjaan, membekal sumber bahan mentah sektor perindustrian, menyedia sumber makanan dan meningkatkan eksport negara.
- Objektif
- i. Meningkatkan sekuriti makanan (food security)
- ii. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
- iii. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
- iv. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
- v. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
- Strategi
- i. Pembukaan Tanah Baru
- ii. Pembangunan “In-Situ”
- iii. Perkhidmatan Sokongan Pertanian
- iv. Pembangunan Sosial & Institusi
- v. Penswastaan dan Penyertaan Pihak Swasta
- vi. Pembangunan Komoditi
- vii. Program Halacara Baru dlm Pembangunan Kampung & Luar Bandar
- DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
- • Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.
- • Dilaksanakan utk mengganti sistem pendidikan penjajah.
- • Disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.
- Objektif
- • Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956)
- • Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta Pelajaran - 1961)
- • Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang, bersatu dan berdisplin
- • Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa
- • Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa
- Strategi Pelaksanaan
- i. Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
- ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
- iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
- iv. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
- v. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
- vi. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
- vii. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan
- DASAR PANDANG KE TIMUR
- • Diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 8 Februari 1982 semasa 5th Joint Annual Conference Of Majeca/Jameca di K.L.
- • Contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan di malaysia

- DASAR SOSIAL NEGARA
- • Satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
- Matlamat
- • Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
- • Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
- Objektif Umum
- • Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.
- Objektif Khusus
- i. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
- ii. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
- iii. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial iv. Menjana sinergi multisektor

- KESIMPULAN
- Kerajaan juga mengambil kira kesanjangka panjang dan jangka pendek
terhadap sesuatu pelaksanaan dasarpembangunan tersebut.
Semua dasar yang digubal adalahuntuk membentuk sahsiah peribadimanusia dalam negara dan jugamenjamin perpaduan sekali guskeharmonian rakyatKeberkesanannya amat bergantungkepada penghayatan rakyat negaraterhadap setiap dasar yang digubal tersebut.











